fb fb fb fb fb

UKSB beri RM1.3 juta kepada Muhyiddin - Saksi

SHAH ALAM, 17 Jun- Bekas pengurus pentadbiran David Tan Siong Sun, 47 mengesahkan bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah memberikan dana sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018.

Dana tersebut telah dibayar secara tunai dan berperingkat kepada Tan Sri Muhyiddin pada 4 Jun sebanyak RM300,000; 4 Julai RM500,000 dan 23 Ogos 2018 RM500,000.

David juga mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin ialah Menteri Dalam Negeri selepas Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selain mengesahkan projek UKSB - Visa Luar Negara (VLN) masih di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri.

Selain Tan Sri Muhyiddin antara ahli politik lain yang disebut sepanjang prosiding hari ini ialah Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.

Nama-nama ahli politik itu terdapat di dalam lejar UKSB dan Laporan Analisis kes Cawangan Forensik dan Teknologi Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM).

(Foto fail)

Berita berkaitan
‘Monster’, ‘young boy’ dalam lejar UKSB merujuk kepada Ahmad Zahid - Saksi
Ahmad Zahid arah bekas Setiausaha Sulit keluarkan surat iringan lanjut kontrak UKSB

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sekitar Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 25 Julai.

Media Baharu