fb fb fb fb fb

Ugut, cederakan seorang lelaki, bekas ketua aktivis didakwa di mahkamah

Foto hiasan

KOTA BHARU, 24 Mac- Bekas ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, atas dua pertuduhan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan kepada seorang individu, 6 Januari lalu.

Tertuduh, Datuk Mohd Fared Abdul Ghani bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak membunuh seorang lelaki berusia 40 tahun sambil memegang sebilah pisau. Manakala, pertuduhan kedua, lelaki berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas lelaki yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai sebutan semula kes.

ROSLINA BINTI DIN