fb fb fb fb fb

Pelajar Kolej Vokasional dipukul guru sehingga cedera

Mangsa mendakwa mendakwa dipukul seorang guru sehingga cedera

ROMPIN, 23 Mac - Seorang pelajar Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Rompin mendakwa dipukul seorang guru sehingga mendatangkan kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata menerusi laporan polis yang dibuat Muhammad Saufa Muhammad Nur Tay, 18 tahun, bahawa dia dirotan selepas tidak hadir menunaikan solat sunat tarawih dan berada di kawasan tangki air tingkat atas kolej berkenaan.

Muhammad Saufa mendakwa dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi semalam, warden asrama memanggil semua pelajar untuk berkumpul di bahagian bawah asrama.

"Salah seorang pelajar mengadu kepada guru berkenaan terdapat kejadian rasukan menimpa pelajar lain akibat perbuatan sekumpulan pelajar yang membuat kacau di kawasan tangki air tingkat atas.

"Kemudian seorang lagi guru bertanya kepada mangsa alasan mengapa mangsa turut berada di tempat kejadian dan mangsa memaklumkan malas untuk menunaikan solat tarawih," kata Nor Azman ketika dihubungi RTM.

Menurut Nor Azman, sebaik sahaja dipersoalkan, mangsa bersama-sama beberapa orang rakan telah dirotan sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian lengan kanan, belakang badan dan punggung.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan serta pemeriksaan di Hospital Rompin sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Rompin, Pahang dan kes dalam siasatan.

TETITIA YUSOFF