fb fb fb fb fb

Tuntutan palsu hampir RM1 juta, SPRM tahan pengarah syarikat

Pengarah sebuah syarikat direman empat hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu

PUTRAJAYA, 6 Mac - Pengarah sebuah syarikat direman empat hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu.

Tuntutan hampir RM1 juta itu didakwa dikemuka bagi kerja selenggara stor minyak, pemasangan paip dan kamera litar tertutup yang tidak wujud.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Suspek yang berusia sekitar 50-an itu ditahan pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kesalahan didakwa dilakukan pada 2021 dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN