fb fb fb fb fb

Tujuh sindiket ditumpaskan, pelbagai jenis dadah dirampas

Sidang media di Ibu pejabat Polis Kontijen Johor (IPK) Johor di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 19 Ogos- Polis Johor merampas pelbgai jenis dadah dan menyita pelbagai peralatan bernilai lebih RM10 juta melibatkan tiga operasi berasingan di sekitar Seri Alam dan Johor Bahru, 12 Ogos lalu.

Operasi bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga 2.00 petang itu turut berjaya menahan tujuh sindiket termasuk sepasang suami isteri terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berumur 26 sehingga 38 tahun.

Ketua Polis Johor Komisioner (CP) M. Kumar berkata, sindiket dipercayai aktif sejak Jun lalu menggunakan rumah berpagar yang berpengawal sebagai tempat memproses, membungkus dadah dan dipercayai menyewa kediaman berkenaan dalam jangka masa tertentu.

"Sekiranya dadah ini dikeluarkan untuk pasaran ia boleh digunakan kira-kira 199,000 orang. Selain daripada rampasan tersebut pihak polis turut berjaya merampas 500 mililiter cecair disyaki cecair rokok elektronik, 10 unit rokok elektronik.

"...dan alatan memproses dadah atau membungkus dadah tersebut," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontijen Johor (IPK) Johor di sini.

Kesemua suspek disambung reman hingga Khamis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala suspek utama sindiket tersebut yang masih bebas giat dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI