fb fb fb fb fb

Tipu tawaran e-baucar lebih RM500,000: Polis buka lima kertas siasatan

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka lima kertas siasatan berhubung kegiatan penipuan tawaran e-baucar atau e-ganjaran membabitkan kerugian RM508,261 di seluruh negara.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, siasatan mendapati, tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020.

Ia membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet.

Menerusi satu kenyataan beliau memaklumkan, pengguna yang berminat menggunakan aplikasi tersebut perlu memasukkan sejumlah wang.

"Pengguna akan diberi penjimatan sehingga RM5 bagi setiap pembelian selain menerima mata ganjaran yang boleh ditebus menerusi pembelian barangan atau wang tunai.

"Pada peringkat awal, urus niaga dan penebusan mata ganjaran melalui aplikasi itu berjalan lancar.

"Namun, masalah mula timbul pada penghujung 2022 apabila pengguna gagal membuat pembelian dan penebusan mata ganjaran," menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

(PDRM membuka lima kertas siasatan berhubung kegiatan penipuan tawaran e-baucar atau
e-ganjaran membabitkan kerugian RM508,261 di seluruh negara)

Media Baharu