fb fb fb fb fb

Tiga suspek cuba culik kanak-kanak disambung reman hingga Rabu ini

Tiga individu termasuk dua remaja ditahan kerana dipercayai bersubahat menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun

JOHOR BAHRU, 24 Disember - Tempoh reman terhadap tiga suspek berhubung kes menculik seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun, disambung tiga hari lagi.

Perintah reman yang berkuat kuasa esok hingga Rabu itu dikeluarkan oleh Majistret R. Salini.

Dua remaja berusia 15 dan 17 tahun bersama seorang lagi suspek berusia 18 tahun sebelum ini direman pada 21 Disember yang berakhir hari ini.

Ketiga-tiga suspek direman untuk membantu siasatan mengikut seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan culik.

Ketiga-tiga mereka di tahan di Pontian pada 20 Disember disyaki bersubahat di dalam kes penculikan kanak-kanak berkenaan.

Bapa mangsa turut menyaksikan kejadian itu dan mengalami cedera parah ketika cuba menyelamatkan anaknya dalam kejadian 12 Disember lalu.

Bagaimanapun mangsa dilaporkan selamat.

Suspek utama berusia 41 tahun bagi kes itu telah ditahan pada 8 malam hari yang sama dan telah dituduh di mahkamah.

Siasatan awal sebelum mendapati lelaki itu dipercayai rakan kongsi bapa mangsa, cuba menculik kanak-kanak itu bagi tujuan pemerasan berjumlah RM300,000.00.

GRACE AISYAH KEDAYAN