fb fb fb fb fb

Tiga pusat hiburan tawar khidmat GRO diserbu

FOTO POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU, 1 Jun- Polis Johor menahan 129 individu, dengan 126 daripadanya warga asing dalam serbuan di tiga premis pusat hiburan di Muar dan Iskandar Puteri, awal pagi semalam.

Semua tangkapan berusia 18 hingga 47 tahun.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar dalam satu kenyataan memaklumkan, 111 tangkapan merupakan wanita warga asing serta 15 lelaki warga asing.

Dua lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan turut ditangkap.

Serbuan turut merampas 14 resit, peralatan muzik dan wang tunai bernilai lebih RM4,000.

10 daripada tangkapan juga positif dadah jenis methamphetamin, benzo dan ketamin.

Dua pusat hiburan didapati beroperasi tanpa lesen sah manakala sebuah lagi beroperasi lebih masa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) dan Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor 4/98.

Turut disiasat mengikut Seksyen 55B, Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selain Peruntukan 39(b) Peruntukan-peruntukan Imigresen 1963.

Siasatan mengikut peruntukan seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 turut dijalankan. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE