fb fb fb fb fb

Tiga penjawat awam disyaki culik, peras ugut wartawan

GOMBAK, 13 November - Enam individu termasuk tiga penjawat awam dicekup pada Jumaat lalu, selepas dipercayai menculik dan memeras ugut seorang lelaki warga asing.

Manakala polis masih memburu tiga lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pada 8 November lalu anak saudara mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Pengadu menyatakan bapa saudaranya minta untuk menyelamatkannya dengan membawa sejumlah wang.

"Kemudian pengadu menerima panggilan daripada nombor yang tidak di kenali yang melarang pengadu membuat laporan polis," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, bertindak atas maklumat, tiga lelaki yang juga penjawat awam ditahan sepasukan polis dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dalam operasi 9.30 malam pada Jumaat lalu.

"Tiga penjawat awam dan tiga lelaki tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan, masing-masing atas perbuatan khianat dan kurungan salah," jelas beliau.

Tambah beliau polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kes tersebut tanpa melindungi mana-mana pihak.

Terdahulu tular di media sosial berhubung penculikan membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga seorang wartawan sebuah media antarabangsa.

GRACE AISYAH KEDAYAN