JOHOR BAHRU, 7 April - Dua beranak dengan seorang wanita warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari atas dua pertuduhan eksploitasi seks antara 14 hingga 20 Mac lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan melibatkan tertuduh, Lu Yon Moi, 65 tahun dan anak lelakinya, Tin Chee Kang, 42 tahun serta Nurul Hasanah, 26 tahun.
Mengikut pertuduhan pertama ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama memperdagangkan seorang wanita Indonesia berusia 25 tahun bagi maksud ekspolitasi seks dengan cara perdayaan antara 17 hingga 20 Mac di Masai, di sini.
Ketiga-tiga tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang wanita tempatan berketurunan Iban, 29 tahun pada 14 hingga 19 Mac lalu ,di sebuah kedai urut, dalam kawasan Seri Alam.
Kedua-dua pertuduhan adalah mengikut seksyen 12 Anti Pemerdgangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan.
Majistret A. Sharmini membenarkan Lu Yon Moi dan Tin Chee Kang diikat jamin RM20,000 dan dua orang penjamin.
Manakala Nurul Hasanah, RM30,000 dengan dua orang penjamin.
Ketiga-tiga diwakili peguam Baharudin Baharim manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Kodesviary.
Sebutan kes pada 8 Mei nanti.