fb fb fb fb fb

Polis temukan tujuh cap jari pada beg berisi wang tunai RM500,000

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (dua dari kiri) menunjukkan sebuah bagasi berisi wang tunai melebihi RM500,000 pada 21 Mac lalu/Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 6 April - Polis sudah mengenal pasti identiti seorang lelaki yang membawa keluar sebuah bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya pada 19 Mac lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

"Pihak polis telah menjumpai pemilik atau orang bawa beg tersebut daripada apartment tersebut melalui CCTV dan beberapa keterangan lain kita juga memperoleh sebanyak tujuh cap jari yang ditemukan pada beg bagasi tersebut dan pihak polis masih lagi meneruskan siasatan.

"Berdasarkan keterangan lelaki itu kami percaya dia merupakan individu yang membawa dan tinggalkan bagasi berisi wang itu di parkir pusat beli-belah berkenaan.

“Namun setakat ini, kita belum dapat memastikan motif dia berbuat demikian,” katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatna Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bersama Petugas-Petugas Polis dan Konsesi Lebuhraya di sini, hari ini.

Menurut Hussein, pihaknya sedang mengesan tujuh individu yang mana cap jari mereka ditemukan daripada beg bagasi tersebut.

Pada 20 Mac lalu, seorang pengawal keselamatan menemui sebuah bagasi berisi wang tunai sebanyak RM500,000 yang ditinggalkan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

GRACE AISYAH KEDAYAN