fb fb fb fb fb

Tiga individu ditahan, terlibat seludup arak, rokok

70 kotak arak yang dirampas di sebuah premis penyimpanan di Masai, Pasir Gudang

JOHOR BAHRU, 13 Julai- 70 kotak arak bernilai RM60,324 dirampas, dalam operasi di sebuah premis penyimpanan di Masai, Pasir Gudang pada 10 Julai lalu.

Ketua Polis Johor Komisioner M. Kumar berkata, keseluruhan 686.75 liter minuman keras itu didapati tidak berkastam dan dipasarkan secara haram.

Menerusi OP Taring Landai dan OP Kontraban itu turut membuat penahanan terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun. 

Sementara itu dalam operasi berasingan, polis turut merampas 105 kotak rokok tanpa cukai, hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori, di Tampoi, Johor Bahru. 

Turut ditahan, dua lelaki berusia 23 dan 29 tahun, bersama sebuah lori lima tan, disita.

Keseluruhan rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM665,000. 

Kes disiasat mengikut seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI