ALOR SETAR, 6 Disember - Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyita tiga buah kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaranThailand; disyaki mengisi diesel di beberapa stesen minyak melebihi had yang dibenarkan berhampiran sempadan Kedah-Thailand.
Pengarah Pejabat KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth menerusi kenyataan berkata, pembongkaran hasil risikan dan penyamaran di beberapa stesen minyak mendapati kenderaan asing terbabit telah mengisi diesel secara berulang di beberapa stesen minyak.
"Dalam operasi sejak pagi hingga lewat tengah malam tadi, kegiatan haram itu dikesan aktif di kawasan berhampiran sempadan negara.
"Modus operandi adalah bahan api yang terbabit diisi terus ke tangki asal dengan pembelian 20 liter di beberapa stesen minyak berbeza," katanya menerusi kenyataan itu.
KPDN menetapkan had pembelian 20 liter sahaja sehari bagi bahan api jenis diesel.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati dokumen perjalanan individu yang membawa kenderaan terbabit memasuki negara dengan bagi mengisi bahan api tersebut.
Kenderaan yang dirampas dianggarkan bernilai RM240,000.
Manakala minyak diesel berjumlah 180 liter dengan nilai rampasan berjumlah RM387,000.