fb fb fb fb fb

Tahanan lolos: 41 berjaya ditahan setakat pagi ini - Ketua Polis Perak

Foto Fail: Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan

IPOH, 4 Februari- Dua lagi pendatang tanpa izin yang melarikan dari Depot Sementara Imigresen Bidor dekat sini, pada Khamis lalu berjaya ditahan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 41 orang setakat 7 pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan perkara itu berkata dua tangkapan terbaharu itu dibuat pada awal pagi ini.

Katanya kesemua 41 tahanan yang merupakan etnik Rohingya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tapah untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada 9.50 malam 1 Februari lepas, seramai 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI