PASIR GUDANG, 3 Januari- Polis sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Betik Satu, Taman Kota Masai, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun dan telah mengesan sebuah video yang dimuat naik di media sosial oleh pemilik akaun Dewi Shari memaparkan kejadian berkenaan.
Siasatan awal mendapati, dalam kejadian kira-kira pukul 4.35 pagi itu mendapati sebanyak 16 buah telefon bimbit telah dicuri dengan nilai anggaran kerugian berjumlah lebih RM19,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta ke balai polis berhampiran bagi membantu
siasatan.