fb fb fb fb fb

Suspek kes khianat ahli Parlimen Beruas dibebas dengan jaminan polis

Botol molotov cocktail yang dipercayai punca kebakaran

MANJUNG, 16 Januari- Suspek yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api ke atas kediaman milik Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dibebaskan dengan jaminan polis. 

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah dalam satu kenyataan malam ini berkata, suspek juga akan terus menjadi saksi sekiranya diperlukan dalam siasatan. 

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Yang Arif Pengarah Pendakwaan Negeri Perak dan arahannya tangkapan (B1) (suspek) dibebaskan dengan jaminan polis serta menjadi saksi sekiranya diperlukan dalam siasatan (kes khianat api)," katanya.

Mohamed Nordin berkata lelaki itu akan dibebaskan esok.

Suspek sebelum ini direman lima hari sejak 12 Januari lalu sebelum disambung sehari lagi bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 10 Januari lalu, tiga buah kereta milik Datuk Ngeh Koo Ham yang diparkir di kediamannya terbakar disyaki perbuatan khianat.

Turut ditemukan dalam kejadian tersebut satu botol molotov cocktail yang dipercayai punca kebakaran.

Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat ASP Mohd Azalan Ab. Karim di talian 0193927837 bagi membantu siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI