fb fb fb fb fb

Suspek kes buli pegawai kadet UPNM didakwa hari ini

Pelajar berusia 22 tahun tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar pukul 9.50 pagi tadi.

KUALA LUMPUR, 8 November - Suspek kes buli dan dera terhadap seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar pukul 9.50 pagi tadi.

Pegawai kadet di UPNM itu bakal menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan melibatkan kes buli pelajar di universiti tersebut.

Sebelum ini media melaporkan pelajar berusia 22 tahun itu adalah antara 16 individu yang dirakam keterangan oleh polis dalam siasatan kes itu.

Dalam kejadian pukul 11.45 malam 22 Oktober lalu, mangsa mendakwa didatangi pegawai senior yang juga suspek sebelum mangsa diminta menggosok bajunya.

Sementara itu, ATM dalam satu kenyataan memaklumkan sedang menyiasat kes buli melibatkan pegawai kadet UPNM yang dibuli seorang senior menggunakan seterika yang ditekap pada bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

Perbuatan itu dipercayai terbongkar selepas pemeriksaan berkala dilakukan jurulatih bertugas seterusnya mengesan kesan kecederaan pada badan mangsa.

GRACE AISYAH KEDAYAN