fb fb fb fb fb

Suami isteri ditahan bantu siasatan penemuan mayat tanpa kepala

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk segera melaporkan ke balai polis berhampiran.

ALOR GAJAH, 12 Ogos- Sepasang suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan penemuan mayat dengan anggota badan tidak lengkap di Pulau Sebang pada 31 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Penguasa Polis Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua suspek yang berusia 36 dan 37 tahun itu ditahan di Chemor, Perak.

"Hasil risikan membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan di kawasan berhampiran lokasi mayat ditemukan.

"Kedua-dua suspek telah direman bermula 6 Ogos hingga 12 Ogos.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya menerusi kenyataan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk segera melaporkan ke balai polis berhampiran.

Pada 31 Disember tahun lalu, mayat seorang wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira pada pukul 2.00 petang.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM