fb fb fb fb fb

Pesara bomba didakwa beri keterangan bercanggah

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos-Seorang pesara bomba tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan memberi keterangan bercanggah kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2021.

Tertuduh, Abdul Hamid S Abdullah, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27(1)(b) Akta SPRM 2009  berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 atau dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Feisal Mohd Azmi dan Pegawai Pendakwa, Abd Muntaqim Abdul Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

10 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini kenyataan tertuduh mengenai milikan tiga buah syarikat yang membekalkan alat ganti 'walkie talkie', jaket keselamatan, sut dan kompas bercanggah ketika memberi kenyataan di pejabat SPRM 27 September 2018.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD