fb fb fb fb fb

SPRM tahan bekas Ketua Operasi GLC

Bekas Ketua Operasi syarikat berkaitan kerajaan ditahan reman tiga hari sehingga 12 Januari

SHAH ALAM, 10 Januari- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan reman tiga hari bekas Ketua Operasi syarikat berkaitan kerajaan bermula hari ini.

Perintah reman terhadap wanita berumur 40-an itu kerana disyaki menggunakan kedudukannya bagi melantik sebuah syarikat suaminya untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan yang dianggarkan berjumlah RM300,000.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek wanita berkenaan ditahan pada pukul 2.00 petang semalam ketika hadir bagi merakam keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Perbuatan itu dilakukan pada 2022 selain wang pembayaran subkontrak pengangkutan bernilai RM280 ,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI