fb fb fb fb fb

Kes ugut anggota polis, PDRM buka kertas siasatan

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 10 Januari- Seorang lelaki yang juga anggota polis diberkas selepas mengugut dua anggota polis lain di sebuah balai polis Subang Jaya, Isnin lalu.

Suspek ditahan berhubung kes jenayah dadah sebelum dibawa ke balai polis berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata suspek kini direman tujuh hari bagi siasatan lanjut bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 506. Tiada siapa yang boleh melanggar undang-undang dan melibatkan antara dua anggota polis, kedua-duanya dibawa undang-undang," kata Shuhaily kepada pemberita dalam sidang media di IPK Selangor, hari ini.

Isnin lalu, suspek dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap dua anggota polis di Subang Jaya sekitar pukul 5.50 pagi.

Suspek terdahulu ditahan akibat kes di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM