fb fb fb fb fb

Sorok 200 pil dadah bawah tempat duduk terbongkar

Dua lelaki dicekup PGA bersama 200 biji pil Eramin 5 dalam serbuan subuh di Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG, 4 Ogos – Pasukan Gerakan AM (PGA) Batalion 7 menumpaskan cubaan mengedar dadah jenis Eramin 5 di kawasan pengkalan haram Tok Awang Belulang, di sini, awal pagi semalam.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dua lelaki tempatan berusia 28 dan 32 tahun ditahan selepas pemeriksaan ke atas kenderaan mereka pada 3.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan sebanyak 200 biji pil dipercayai dadah jenis Eramin 5 yang disorokkan di bawah tempat duduk dengan anggaran nilai rampasan RM4,000.

"Kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine selepas ujian saringan awal air kencing dijalankan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, semua rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

β€œKes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN