fb fb fb fb fb

Sindiket tukar taktik seludup barang bersubsidi di Sungai Golok

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail mendedahkan taktik baharu digunakan sindiket penyeludupan - Foto KPDN Kelantan

KOTA BHARU, 22 Julai - Sindiket penyeludupan di kawasan Sungai Golok, dekat sini kini dikesan mengubah modus operandi dengan menggunakan tali untuk menarik bot pada waktu malam bagi barangan bersubsidi ke negara jiran secara haram.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mendedahkan, taktik itu digunakan bagi mengelakkan bunyi bot dikesan pihak berkuasa, susulan penguatkuasaan larangan merentas sempadan melalui pangkalan haram yang berkuat kuasa sejak 1 Disember lalu.

2207 KLTN KPDN TAKTIK PENYELUDUPAN 1Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail - Foto KPDN Kelantan

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, taktik itu dikesan giat digunakan oleh penyeludup, khususnya ketika musim kemarau apabila paras air Sungai Golok menjadi cetek dengan lebar sekitar 10 meter.

"Susulan itu, kami serta pihak berkuasa yang lain sentiasa mengetatkan kawalan bagi memastikan kegiatan penyeludupan ini diambil tindakan sewajarnya.

"Ini bagi mengelak ketirisan dan beri pengajaran kepada penyeludup supaya tidak manipulasi subsidi kerajaan," katanya pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan Op Kesan di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

2207 KLTN KPDN TAKTIK PENYELUDUPAN 3Azman Ismail melakukan pemeriksaan Op Kesan di sebuah pasar raya di Kota Bahru - Foto KPDN Kelantan

Beliau berkata, pihaknya sentiasa menjalankan kerjasama erat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang 96 kilometer sempadan yang dipisahkan oleh Sungai Golok.

Menurutnya, semua jeti haram telah berjaya dihapuskan, namun masih terdapat pangkalan haram atau persendirian yang dibina atas tanah milik individu yang mempunyai geran di tepi sungai.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK