fb fb fb fb fb

Seorang lelaki ditahan bantu siasatan rosakkan peralatan tokong

Foto hiasan

MANJUNG, 7 April- Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes merosakkan peralatan tokong di sebuah tokong di kawasan Kampung Koh, Manjung.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Nordin Abdullah berkata, penahanan dibuat selepas pihaknya menerima laporan berkenaan selepas tularnya rakaman video pada pukul 1.30 petang semalam.

"Seorang lelaki berusia 35 tahun telah ditahan, telefon bimbit yang digunakan suspek turut dirampas," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI