fb fb fb fb fb

Rokok pelbagai jenis, ubat batuk bernilai RM22,000 dirampas

ARAU, 8 Februari- Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Arau berjaya merampas pelbagai jenis rokok dan ubat batuk dalam satu serbuan di Taman Muhibbah Jejawi.

Turut ditahan seorang suspek lelaki berusia berusia 55 tahun dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Narkotik kira-kira pukul 7.15 malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi, barangan dirampas terdiri daripada lima peti rokok jenama Concept Ummph sebanyak 250 karton dan empat peti rokok jenama Concept Blend sebanyak 200 karton selain 250 liter ubat batuk.


(Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi)

Nilai keseluruhan rampasan ialah sebanyak RM22,000.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan barangan yang ditemui dalam bilik suspek dipercayai untuk pasaran dalam negeri.

Suspek direman selama tiga hari mulai hari ini di Mahkamah Majistret Kangar dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Racun 1952.

 

Media Baharu