fb fb fb fb fb

Rogol kanak-kanak 11 tahun, tujuh lelaki direman seminggu

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifli Abdullah

GERIK, 22 November- Tujuh lelaki termasuk enam beradik direman seminggu bermula semalam kerana dipercayai terlibat kes rogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kampung Pahat Luar, Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifli Abdullah berkata, ia ekoran laporan diterima kira-kira pukul 9.26 malam Isnin lalu oleh ibu mangsa yang mendakwa anaknya dirogol secara bergilir-gilir di dalam bilik rumah jiran mereka.

Perbuatan itu disaksikan adik lelaki mangsa berusia sembilan tahun sebelum memberitahu perkara tersebut kepada bapa dan ibunya.

Saksi juga memberitahu pernah melihat kejadian sama berlaku beberapa kali ke atas mangsa yang tidak pernah bersekolah.

Kesemua yang ditahan berusia antara 13 hingga 31 tahun.

Saringan air kencing ke atas semua suspek adalah negatif dan kes disiasat bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE