fb fb fb fb fb

Remaja mengaku tidak bersalah liwat sepupu enam tahun

KEMAMAN, 7 Disember - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan meliwat sepupu lelakinya berusia enam tahun pada November lalu.

 Tertuduh membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen hari ini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.
 
Mengikut pertuduhan kes, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii tanpa kerelaan kanak-kanak berkenaan di sebuah rumah di daerah itu kira-kira 12.23 tengah hari pada 25 November lalu.
 
Tertuduh yang juga merupakan pesalah juvana didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sharifah Amirda Shasha membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati dan menggangu mangsa.
 
Mahkamah menetapkan 3 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 
 
Terdahulu, ibu kanak-kanak itu yang juga ibu saudara mangsa membuat laporan polis pada 26 November lalu selepas mendapati anaknya diliwat.
 
Difahamkan, tertuduh tinggal bersama keluarga itu di kediaman neneknya selepas ibu dan bapanya bercerai.

GRACE AISYAH KEDAYAN