KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Penyedia kandungan Tiktok, Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berkaitan hantaran didakwa berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ia susulan satu laporan polis dibuat anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas akaun miliknya, mengenai isu akaun Instagram @b.netanyahu yang memuat naik gambar bersama isteri pemimpin Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) termasuk Wan Azizah yang menghadiri minum petang bersama isteri Presiden Amerika Syarikat dan isteri Netanyahu.
Syarul Ema yang hadir bersama peguamnya, Zaid Malek, turut memberi keterangan berkaitan satu lagi siasatan, iaitu satu perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat 25 Oktober lalu.
Siasatan bagi hantaran laman sosial di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Manakala bagi perhimpunan tersebut bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.
Jelas peguamnya, Syarul Ema akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi siasatan yang baru bermula dan ia merupakan langkah biasa yang dijalankan polis.