fb fb fb fb fb

Polis tumpas sindiket dadah heroin dalam 3 serbuan berasingan

GEORGE TOWN, 18 Jun- Tiga lelaki tempatan disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah ditahan dalam tiga serbuan berasingan di kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) dan Kuala Kurau, Perak, Rabu lalu.

Suspek berusia 34 hingga 53 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, ACP Mohd. Shukhairy Abd.Sabhe berkata dadah tersebut dijumpai di dalam kereta jenis Volkswagen Passat yang dipandu salah seorang suspek.

"Hasil serbuan yang dibuat, polis berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 9,030 gram yang dianggarkan bernilai RM120,000.

"Kalau di pasaran tempatan mungkin harganya berlipat kali ganda. Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak awal Januari tahun 2022. Kalau diikutkan jumlah yang dirampas boleh digunakan lebih kurang 45,000 orang penagih," kata Mohd Shukhairy.

(ACP Mohd. Shukhairy ditemui dalam sidang media di George town, Pulau Pinang)

Tambahnya, polis turut menyita aset sindiket terdiri daripada wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kenderaan bernilai RM80,000.

Hasil saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methapetamine.

Kesemuanya mempunyai rekod lampau bawah kesalahan dadah dan jenayah.

Suspek pertama disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman selama tujuh hari bermula 16 Jun.

Dua lagi suspek disiasat bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Media Baharu