PETALING JAYA, 30 Mac- Lima penjenayah yang disyaki terlibat aktif dalam kes samun bersenjata ditembak mati dalam satu kejadian di Putra Heights, Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian tersebut yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.30 malam tadi.
Maklumat awal kejadian, sepasukan polis telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan.
Namun, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan tembakan ke arah polis serta merempuh kenderaan polis sebelum berlaku insiden berbalas tembakan.
Polis turut menemui dan merampas dua senjata api bersama beberapa senjata lain.
Semua suspek memiliki rekod dikehendaki pihak polis atas kejadian samun bersenjata api dan rekod jenayah lampau.
Dalam pada itu, Datuk Hussein turut menjelaskan satu sidang media akan diadakan berhubung insiden tersebut.