SARATOK, 30 Julai – Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan polis selepas memandu lori secara melulu dan melanggar papan tanda jalan di Jalan Feeder, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Saratok, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mathew Manggie berkata, suspek yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan pasukan Ronda Cegah Jenayah ketika Op Lejang pada pukul 5.10 petang.
Video pemanduan berbahaya itu turut tular di media sosial.
Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 45(c) Akta Pengangkutan Jalan 1987.