fb fb fb fb fb

Dua individu disiasat berhubung isu kenderaan kurniaan Agong kepada Anwar

Razarudin Husain

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Polis membuka kertas siasatan terhadap dua individu berhubung kenyataan yang didakwa berbaur hasutan berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan dibuat ke atas Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dan Bekas Setiausaha Politik, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan ini dan kedua-dua individu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang baharu Datuk Khaw Kok Chin daripada Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang baharu Mohd Kamarudin daripada Datuk Seri Hazani Ghazali di sini.

SITI AISHAH MD ISA