fb fb fb fb fb

Polis mungkin guna Interpol buru suspek tanam bayi

warga Indonesia terjumpa cebisan kain ketika mengorek tanah. Dia cuba menarik kain dan menemui mayat bayi tersebut.

IPOH, 9 September -Polis Perak mungkin akan menggunakan saluran diplomatik, termasuk Interpol, untuk mengesan seorang wanita warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam kes penemuan bayi ditanam di parkir berlantai simen di Taman Sri Rokam pada 28 Ogos lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata siasatan dan risikan masih dijalankan untuk mengenal pasti keberadaan lokasi suspek yang dipercayai mungkin telah melarikan diri.

"Pihak polis akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Imigresen bagi mengesahkan sama ada suspek masih berada di Malaysia atau sudah pulang ke negara asalnya.

“Kita masih dalam proses mengenalpasti dan belum ada pengesahan sama ada suspek sudah balik atau masih berada di Malaysia.

"Jika beliau telah kembali ke negara asal, kita akan gunakan saluran diplomatik melalui Interpol untuk tindakan lanjut,” kata ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan surat penghargaan kepada orang awam bagi bulan September sebagai tanda pengiktirafan kepada masyarakat yang membantu pihak polis dalam menjalankan tugas mereka.

Terdahulu media melaporkan seorang penyewa warga Indonesia terjumpa cebisan kain ketika mengorek tanah. Dia cuba menarik kain dan menemui mayat bayi tersebut.

GRACE AISYAH KEDAYAN