fb fb fb fb fb

Polis mohon lapor jika ada lihat aktiviti meragukan di peti kabinet milik TM

FOTO HIASAN

KUANTAN, 16 Januari - Orang awam yang melihat aktiviti meragukan di peti kabinet milik Telekom Malaysia (TM) di sekitar daerah Lipis, di sini diminta tampil untuk membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Lipis Superitenden Azli Mohd Noor dalam satu kenyataan berkata ini susulan tujuh laporan berhubung kehilangan cip elektronik pada peti tersebut di sekitar daerah itu, yang menyebabkan gangguan perkhidmatan di lokasi kejadian.

"Kehilangan cip elektronik itu didakwa berlaku antara Disember tahun lepas dan awal bulan ini, dipercayai dilakukan antara 9.00 pagi hingga 5.00 petang," katanya.

Azli berkata mereka yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pengawai penyiasat Inspektor Amirul Aiman di 017-7093942 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di 09-3122222.

TETITIA YUSOFF