fb fb fb fb fb

Polis Johor nafi terlepas pandang aktiviti perjudian

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 5 Ogos- Polis Johor menafikan dakwaan terlepas pandang aktiviti perjudian di sebuah premis telekomunikasi di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, di sini seperti ditularkan sekumpulan penduduk di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner (ACP) Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melakukan empat siri operasi membanteras aktiviti perjudian di premis berkenaan sejak awal tahun ini.

Hasil operasi sejak 5 Januari sehingga 27 Jun lalu, empat lelaki berumur 21 hingga 29 tahun telah ditahan dengan rampasan hasil judi berjumlah lebih RM600.

"Daripada jumlah tangkapan tersebut, seorang lelaki warga tempatan telah dituduh bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 pada 30 Mei 2024 dan telah dihukum denda rm2,000 kerana gagal bayar empat bulan penjara.

"...manakala tiga lagi kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan pertuduhan," katanya.

Dalam pada itu pada 22 April lepas, pemotongan bekalan elektrik dilakukan ke atas premis berkenaan dan sehingga kini tiada penyambungan semula bekalan elektrik diluluskan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).  

Bagaimanapun polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket perjudian dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan Seksyen 21 A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI