fb fb fb fb fb

Polis buru 6 suspek samun pusat snuker di Kapar

Tangkap layar video tular yang memaparkan tiga suspek memakai topi keledar dan berparang, memasuki pusat snuker

SHAH ALAM, 31 Julai – Polis sedang memburu enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah pusat snuker di Kapar, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) S. Vijaya Rao menerusi satu kenyataan memaklumkan, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, suspek yang bersenjatakan parang melarikan wang tunai berjumlah RM823.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tiga suspek dilihat memasuki premis, manakala tiga lagi menunggu di luar dengan tiga buah motosikal,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-3291 2222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat di media sosial yang memaparkan tiga suspek memakai topi keledar dan berparang, memasuki pusat snuker itu serta menggugut penjaga kaunter untuk menyerahkan wang.

Semasa kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang bermain di premis berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE