fb fb fb fb fb

PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat

FOTO FB Briged Tenggara PGA Rasmi

KOTA BHARU, 21 September- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.

Komander PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata rampasan dilakukan di Kampung Cherang Melintang dan Kampung Pak Keral.

Operasi dijalankan oleh sepasukan anggota Batalion 9 pada pukul 12 tengah malam dan 1 pagi, dengan berjaya menahan sebuah kenderaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki dalam misi Op Taring Wawasan Kelantan.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis melarikan diri, meninggalkan kenderaannya di tepi jalan. Pemeriksaan ke atas pacuan empat roda tersebut menemukan ratusan batang rokok putih tidak bercukai," katanya.

Nik Ros Azhan berkata kedua-dua suspek disyaki berperanan sebagai "transporter" untuk menyeludup rokok ke pasaran tempatan dan semua barangan rampasan serta kenderaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, PGA Broged Tenggara turut menegsan kegiatan penyeludupan beras di kawasan pengkalan haram Tanjung Baru Meranti Jeram Perdah, Kelantan.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi, rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 8 PGA pada pukul 7 pagi apabila ternampak beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram semasa menjalankan tugas.

"Semasa anggota BN 8 PGA tiba di pengkalan haram tersebut, semua suspek telah melarikan diri. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa guni beras anggaran 300 kg ditemui di kawasan pengkalan haram tersebut.

"Beras-beras berkenaan dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 1,536 dan kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras. Hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya," menurut hantaran tersebut.

2109 RAMPAS ROKOK TUMPAT 2Beras-beras yang dirampas PGA / FOTO FB Briged Tenggara PGA Rasmi

Bukan itu sahaja, penyeludupan minyak petrol turut dikesan di kawasan pengkalan haram Mat Roji Kg Terusan, Rantau Panjang.

Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA pada pukul 12 tengah hari apabila ternampak beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram.

"Semasa anggota BN 7 PGA tiba di pengkalan haram tersebut, semua suspek disyaki telah melarikan diri. Hasil pemeriksaan mendapati anggaran lebih 20 liter minyak petrol ditemui di dalam beberapa tong di pengkalan haram tersebut.

"Minyak petrol ini disyaki untuk diseludup masuk ke negara Thailand. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM250 dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya," menurut hantaran tersebut.

2109 RAMPAS ROKOK TUMPAT 3Beberapa tong petrol yang ditemukan di pengkalan haram / FOTO FB Briged Tenggara PGA Rasmi

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE