fb fb fb fb fb

Pesara rugi RM 540,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Siaran Media Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING, 7 Oktober - Seorang pesara lelaki kerugian RM 540,000 selepas terjerat dengan pelaburan tidak wujud, ‘Pentheon Venture’.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mancha Ata menerusi kenyataan media berkata, kes bermula apabila mangsa tertarik dengan iklan pelaburan yang ditawarkan oleh seorang individu di laman Facebook pada pertengahan Jun lepas.

Jelasnya, mangsa kemudiannya menghubungi saspek menggunakan akaun Facebook miliknya, dan kemudiannya diberikan 4 talian nombor telefon bagi urusan pelaburan tersebut.

Mangsa berusia awal 60an yang terpedaya membuat pembayaran secara pindahan wang dalam talian antara pertengahan Jun dan awal bulan lepas.

Sebanyak 24 transaksi wang dilakukan secara berperingkat ke 9 nombor akaun bank berbeza berjumlah kira-kira RM540,000.

Mangsa menyedari telah ditipu apabila saspek tidak dapat dihubungi dan masih belum menerima sebarang pulangan keuntungan daripada pelaburan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan..

Trainee2