fb fb fb fb fb

Penipuan pekerjaan dalam talian, lelaki rugi RM120,000

Foto Hiasan

SARAWAK, 28 Mac - Seorang lelaki di Bintulu mengalami kerugian RM120,000 selepas terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dalam kenyataan media berkata, mangsa yang berusia awal 30-an dan merupakan pekerja swasta pada awal bulan ini telah menerima satu pesanan melalui aplikasi Instagram daripada individu tidak dikenali.

Individu berkenaan telah menawarkan pendapatan sampingan sebagai jurujual melalui sebauh pautan yang diberikan.

"Mangsa diminta untuk membuat pembelian barangan secara pukal dan keuntungan daripada hasil jualan akan dibayar kepada mangsa.

Berikutan itu mangsa telah membuatkan sembilan transaksi wang secara berperingkat ke enam akaun bank berbeza berjumlah RM120,000," katanya.

Mangsa menyedari ditipu setelah semua pembelian dilakukan namun tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan, malah mangsa diminta untuk membuat bayaran tambahan.

Laporan polis kemudiannya dibuat pada Selasa lepas.

TETITIA YUSOFF