fb fb fb fb fb

Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah tubuh entiti lain tanpa persetujuan mesyuarat agung

Tertuduh, Tan Chong Hee diiringi polis ketika tiba di mahkamah / FOTO RTM

BUTTERWORTH, 11 Oktober- Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Butterwoth hari ini atas pertuduhan menubuhkan satu perniagaan lain tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat berkenaan untuk kepentingan diri.

Tertuduh, Tan Chong Hee, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini  Yusoff.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Mukim 12, Kubang Menerong, Kampung Selamat di Tasek Gelugor antara 2 November 2020 hingga 29 Mac 2021.

Dia didakwa bawah Seksyen 218(1)(e) Akta Syarikat 2016 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 218(2) akta yang sama.

Tan Cheng Hoe  didakwa melakukan perkara itu dengan menubuhkan sebuah syarikat lain bagi mendapatkan secara langsung atau tidak langsung, sesuatu manfaat bagi dirinya sendiri melalui hasil penjualan kayu-kayan yang berjumlah RM377,990.85.

Kes dikendalikan TImbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal.dan tertuduh diwakili peguam, Hari Prasaad Rao

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 11 November depan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE