KUALA TERENGGANU, 18 Februari- Seorang pemilik dan seorang pengurus sebuah kolej kemahiran, masing-masing didenda RM50,000 dan RM30,000 di Mahkamah Sesyen sini kerana mengemukakan dokumen palsu bagi program Skim Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana), tiga tahun lalu.
Hakim Mohd Azhar Othman memerintahkan demikian selepas Arrie Syahiman Mohd Zain, 34 dan Nurul Azwani Mohd Razali, 38, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.
Berdasarkan pertuduhan pilihan itu, mereka didakwa mengemukakan borang pengesahan pekerja palsu bagi menuntut insentif Penjana berjumlah RM5,300.
Perbuatan tersebut dilakukan di Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kuala Terengganu pada 5 Julai 2021.
Mengikut pertuduhan lain, mereka turut mengemukakan tiga dokumen tuntutan palsu Skim Penjana 2.0, masing-masing berjumlah RM81,800, RM39,000 dan RM5,300 pada 7 Jun, 29 Jun dan 5 Julai 2021.
Bagaimanapun, ketiga-tiga pertuduhan itu digugurkan oleh Hakim Ahmad Azhar setelah menerima permohonan pihak pendakwaan berikutan permohonan bersalah Arrie Syahiman dan Nul Azwani semalam.