fb fb fb fb fb

Pemandu treler positif dadah rempuh rumah, dua beradik maut

Anggota bomba membawa keluar mayat seorang wanita maut bawah runtuhan selepas rumah didiami dirempuh sebuah treler yang terbabas di Kampung Ketapang Hilir awal pagi tadi.

PEKAN, 3 Ogos - Seorang pemandu treler dipercayai di bawah pengaruh dadah merempuh sebuah rumah menyebabkan dua beradik maut di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan awal pagi tadi.

Mangsa, Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33 tahun, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Mohd Waldon Faris Nasruddin, 25 tahun meninggal dunia pada pukul 1.30 tengah hari ketika mendapat rawatan di Hospital Pekan.

Tiga lagi mangsa iaitu ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 64 dan 54 tahun serta seorang rakan, Mohd Waldon Faris berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata kenderaan dipandu lelaki berusia 40 tahun itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sehingga merempuh sebuah rumah.

"Siasatan awal, kenderaan tersebut dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan membawa muatan siling kapur pada pukul 4.15 pagi.

"Ujian saringan awal mendapati pemandu treler berusia 40 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine," katanya dalam kenyataan

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambahnya, pemandu treler akan ditahan untuk tujuan reman esok sebaik sahaja rawatan selesai.

Terdahulu, RTM melaporkan seorang wanita maut bawah runtuhan selepas rumah didiami dirempuh sebuah treler terbabas di Kampung Ketapang Hilir awal pagi tadi.

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN