fb fb fb fb fb

Pelajar cedera ditikam rakan asrama

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad/ Foto RTM

IPOH, 12 Jun-Seorang pelajar cedera ditikam rakan asramanya dalam pergaduhan di sebuah sekolah di Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya Polis Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian pada pukul 4.31 petang.

Menurut Abang Zainal Abidin, mangsa ditikam di bahagian dada, belakang badan dan peha menggunakan dua bilah pisau dan kini menerima rawatan di Hospital Seri Botani, di sini.

Ekoran kejadian itu, polis menahan seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun bagi membantu siasatan.

Permohonan reman dibuat pagi tadi di Mahkamah Majistret Ipoh.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD