fb fb fb fb fb

Pekebun durian maut ditikam belakang badan

FOTO RTM

KULIM, 17 Julai- Seorang pekerja kebun durian warga Myanmar ditemukan maut dengan kesan tikaman objek tajam di belakang badan di sebuah kebun durian Jalan Kulim-Junjong di sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis (SP) Mohd Azizul Mohd Mohd Khairi menerusi kenyataaan hari ini memaklumkan mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tepi pondok terbabit di lereng bukit.

Mohd Azizul berkata, nangsa berusia 36 tahun disyaki diserang dua rakan senegaranya.

Suspek yang sebelum ini tinggal bersama mangsa dilapor telah menghilangkan diri. Kedua-duanya sedang diburu polis.

Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan polis menerima laporan keesokan harinya pada pukul 9.00 pagi.

Kes itu disiasat  menurut Sekyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat bagi membantu siasatan boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Polis (ASP) Mohd Fakhruzi Ismail di talian 0197204939.

SITI AISHAH MD ISA