fb fb fb fb fb

Pejabat Parlimen, empat sekolah SJKC di Kulai dipecah masuk

Pejabat Parlimen Kulai

KULAI, 19 Julai- Pejabat Parlimen Kulai dan empat sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Kulai, Johor, dipecah masuk dalam kejadian baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, laporan polis telah dibuat pihaknya, bagi membolehkan siasatan dan tangkapan dilakukan.

Menurutnya, pejabat parlimen di bandar tersebut dipecah masuk kira-kira dua minggu lalu dengan beberapa barangan dilaporkan hilang membabitkan kerugian sehingga ribuan ringgit. 

"Laporan polis pun sudah dibuat jadi saya akan serahkan kepada pihak polis maklumat yang sewajarnya. Ia berlaku dua minggu yang lepas jadi saya serah kepada IPD Kulai untuk membuat yang terbaik kerana saya rasa lagi cepat pihak polis boleh dapat tangkap mereka (suspek) lagi cepat agar penduduk di daerah Kulai rasa selamat,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kulai, Johor.

Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi, memberi keyakinan pihak polis mampu menjalankan siasatan terperinci, bagi memberkas suspek. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE