fb fb fb fb fb

Pecah masuk sekolah: Polis tahan empat ahli ‘Geng Am’

Foto: FB Polis Johor

JOHOR BAHRU, 18 Ogos- Polis menahan empat lelaki ahli ‘Geng Am’ dipercayai terlibat dengan kes pecah masuk sekolah di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru, sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata tangkapan yang dilakukan pada 14 Ogos lalu itu melibatkan suspek berusia antara 30 hingga 36 tahun,

Beliau berkata antara barangan yang dirampas termasuk tong gas, gitar, komputer riba dan sebuah kereta.

"Jumlah kerugian bagi tiga sekolah yang dipecah masuk dianggarkan bernilai RM30,000.

"Suspek kini telah ditahan reman selama tujuh hari bermula dari 15 Ogos hingga 21 Ogos ini bagi membantu siasatan.. Kesemua suspek mengaku melakukan kegiatan pecah sekolah bertujuan untuk mencuri barang-barang berharga yang terdapat di sekolah dan dijual untuk mendapatkan duit bagi kegunaan harian," katanya.

Menurut Raub, kesemua suspek juga positif dadah jenis Methaphetamine dan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI