fb fb fb fb fb

Jenazah allahyarham Cikgu Istiqomah diserah kepada keluarga esok

Foto RTM

MELAKA, 18 Ogos-Jenazah allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru wanita yang dibunuh kejam dan mayatnya ditemukan dalam keadaan tragis di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, tahun lepas akan diserahkan kepada keluarganya esok.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada ahli keluarga mangsa dan jenazah guru berkenaan akan diserahkan kepada keluarganya, pada pukul 2.00 petang esok.

Pada 6 Januari lepas, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang.

Selepas kira-kira lapan bulan berlalu, pada 12 Ogos lalu, Polis mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33 tahun, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berumur 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD