fb fb fb fb fb

PDRM, AFP, FBI tumpaskan sindiket antarabangsa tawar 'pishing templates'

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR, 8 November- Satu sindiket antarabangsa yang terlibat dengan penjualan 'template' penipuan serta pancingan data kewangan atau ‘phishing’ ditumpaskan.

Sindiket didakwa terlibat dalam penyediaan perkhidmatan berunsurkan jenayah siber seperti 'phishing scripts', 'phishing templates', 'spamming services',' sotfware development' dan 'web hosting' yang mencurigakan dilakukan melalui sebuah laman web www.bulletproftlink.com.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tujuh lelaki tempatan serta seorang wanita Thailand berusia lingkungan 29 hingga 56 tahun ditahan susulan serbuan Operasi Khas Bulletproftlink di empat negeri iaitu Sabah, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.

Tan Sri Razarudin berkata, empat daripada suspek itu memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah, tipu serta judi.

Katanya, siasatan mendapati salah seorang lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai dalang sindiket berkenaan yang memainkan peranan pembangun perisian yang akan dijual di dalam serta luar negara iaitu Australia serta Amerika Syarikat.

"Pengendali laman web yang berpangkalan di Sabah ini dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan siber yang menyasarkan laman web rasmi kerajaan Australia, institusi perbankan di luar negara, serta organisasi yang mengendalikan laman web beralamat [.gov] dan [.edu] dengan menyediakan perkhidmatan phishing templates bagi mendapatkan maklumat peribadi pelayar internet dengan cara yang salah.

"Tindakan mereka turut melibatkan aktiviti stolen credentials yang meliputi transaksi jual beli maklumat identiti seperti kata laluan (passwords), maklumat perbankan, dan data peribadi yang diakses dari pelbagai negara termasuklah di Amerika Syarikat dan Malaysia,"katanya.

Beliau, menyatakannya dalam sidang akhbar di Bukit Aman.

Beliau berkata, serbuan dengan kerjasama Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) itu mendapati kegiatan sindiket itu bukan hanya terlibat dengan penipuan, namun turut dikesan menjual 'template' di 'darkweb' kepada mana-mana pihak yang mahu melalukan penipuan di dalam mahu pun luar negara.

Tambah Tan Sri Razarudin, Semakan dan profiling lanjut beserta money trails yang telah dibuat oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bersama AMLA mendapati rangkaian sindiket ini juga terlibat dalam dua skim penipuan pelaburan yang tidak wujud melibatkan skim pelaburan CFG International dan skim pelaburan mata wang kripto iaitu ECCoin yang menggunakan platfom Huobi.

Setakat ini, pihaknya menerima 37 laporan membabitkan kerugian bernilai RM1.2 juta.

Sebanyak 17 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

JSJK Bukit Aman masih menyiasat nilai dan harga bagi jualan template terbabit, pembeli dan lain-lain aspek.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE