fb fb fb fb fb

PATI sembunyi bawah tanah elak dicekup imigresen

Jabatan Imigresen (JIM) Johor menyerbu sebuah tapak projek pembinaan, berdekatan Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru pada Jumaat

JOHOR BAHRU, 27 April - Jabatan Imigresen (JIM) Johor menahan seramai 206 warga asing menerusi satu serbuan di sebuah tapak projek pembinaan, berdekatan Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru, pagi Jumaat.

Dalam operasi bermula pukul 10.30 pagi itu, sekumpulan warga asing turut dikesan cuba bersembunyi di ruangan bawah tanah, bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa. 

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, serbuan menerusi OPS Mahir itu, menyasarkan warga asing yang tinggal melebihi had tempoh, bekerja tanpa permit, dan tidak memiliki dokumen kemasukan sah.

Antara yang ditahan, 132 warga Bangladesh, 53 warga China, 10 Myanmar, dan 6 Pakistan, serta tiga warga Indonesia, dan dua Vietnam, berumur 18 hingga 61 tahun. 

Seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun, disyaki sebagai penjaga premis, turut ditahan bagi membantu siasatan. 

Keseluruhan seramai 530 orang diperiksa, dengan kebanyakan mereka, bekerja sebagai buruh binaan, kawasan projek tersebut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, serta peraturan 11(7)(a) dan 17(b) Peraturan-peraturan Imigresen. 

GRACE AISYAH KEDAYAN