BIDOR, 4 Februari- Operasi mencari tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata penugasan masih tertumpu di kawasan Tapah dan Bidor.
Jelas beliau, radius pencarian juga akan diperluas sekiranya diperlukan.
Operasi turut dibantu 10 ekor Unit Anjing Pengesan (K9) bersama 15 pegawai serta Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman.
"Unit dron (pesawat tanpa pemandu) banyak membantu. Kita dapat mengesan penjenayah yang melarikan diri, begitu juga dengan unit udara yang membuat rondaan dan juga elemen lain yang berada di daratan," kata Mohd Naim kepada pemberita ketika menyertai operasi mengesan saki baki tahanan di sekitar Kampung Sungai Kenoh, Bidor.
Seramai 253 anggota terlibat dalam operasi ini termasuk PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Sehingga kini, seramai 51 tahanan telah berjaya dikesan sejak operasi bermula pada Khamis lalu.